Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Arda Turan Umum Persaraan Dari Aksi Antarabangsa

TURKI - Ketua pasukan Turki, Arda Turan mengumumkan persaraannya dari aksi antarabangsa.

Ia selepas pemain tengah Barcelona itu digugurkan daripada kem latihan oleh jurulatih, Fatih Terim kerana didakwa mengasari wartawan secara fizikal dan lisan.

Skuad Turki menjalani latihan di Slovenia sebagai persediaan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 zon Eropah menentang Kosovo, Ahad ini.

Sumber : AFP