MARA beri penangguhan bayaran balik pinjaman selama 3 bulan

KUALA LUMPUR, 19 Mac - Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui MARA memberi penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran selama 3 bulan kepada pelajarnya.

Manakala usahawan yang menerima pembiayaan perniagaan pula diberikan penangguhan bayaran balik selama 6 bulan.

MARA menerusi kenyataan menjelaskan langkah penangguhan itu bagi membantu para pelajar dan peniaga yang terkesan dengan COVID-19.

Penangguhan bayaran balik untuk pelajar hanya diberikan kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan selama 3 bulan sebelum ini.

Usahawan yang beroperasi di premis MARA juga menurut kenyataan ini, bakal menerima diskaun khas sewa premis sebanyak 30%.

Bagaimanapun, insentif itu tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan dan terbukti mereka menerima kesan langsung penularan COVID-19.