Logo

Khidmat ATM mungkin perlu jika pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan kekal rendah

PUTRAJAYA, 19 Mac - Khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin akan digunakan sekiranya pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan dalam kalangan rakyat kekal pada tahap rendah.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu antara cadangan diketengahkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai perintah berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-menteri berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.