Tuesday, October 22, 2019
updated 1:50 AM UTC, Oct 22, 2019

Sukan Sea Filipina 2019 ; Matlamat pendedahan buat atlet muda

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Menjelang Sukan Sea Filipina 2019.

Tidak adil jika dibandingkan temasya dwi tahunan ini dengan temasya berprestij lain termasuk Sukan Asia dan Olimpik.

Ini kerana bagi Presiden majlis Olimpik Malaysia, MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, roh sebenar Sukan Sea adalah sebagai platform pembangunan dan persahabatan atlet-atlet baru serta muda di pentas Asia Tenggara sebelum diberi pendedahan ke peringkat yang lebih tinggi.

Sambil memaklumkan keputusan samada 10 acara lain yang dalam pertimbangan PHILGOC akan diketahui keputusannya pada 15 Oktober ini.

Jelas, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria secara purata acara yang dipertandingkan di 29 edisi sebelum ini adalah sekitar 42 acara dan kali ini Filipina menawarkan 56 acara, dan Malaysia akan bertanding dalam 52 acara.

Dan bagi acara yang kurang popular, MOM meletakkan mereka di bawah kategori B satu dan dua sebagai pendedahan.

beliau berkata, atlet yang berjaya memenangi pingat dalam kategori B satu layak menerima insentif.

Kali ini sejumlah 786 atlet akan di hantara ke Filipina, 380 atlet ketegori A, 217 atlet lelaki, 163 wanita, 406 atlet kategori B, 243 lelaki, 163 wanita, 277 pegawai, 163 kategori A, 114 ketegori B menjadikan jumlah keseluruhan kontinjen Malaysia ke Filipina 1063 sekaligus mencatat sejarah penyertaan terbanyak sepanjang penglibatan di Sukan Sea.

Sementara itu, Ketua Chef De Mission, Datuk Megat Zulkarnain Omardin akan ke Manila bagi mendengar keputusan tuan rumah berkaitan 10 acara tambahan.

Acara terbabit adalah, badminton, beach hand ball, bola sepak lelaki dan wanita, floorball, hoki dalam dewan, sepak takraw, lumba perahu tradisional, hoki air lelaki dan wanita, bola tampar dan polo air.

Dalam pada itu, dua atlet ping pong Karen Lyne dan Ho Ying yang senaraikan semula kini diletakkan dalam kategori A.

Beliau turut memaklumkan semua persatuan sudahpun membuat bayaran deposit 50 peratus daripada kos penyertaan ke Filipina.