Tuesday, October 22, 2019
updated 1:19 AM UTC, Oct 22, 2019

Jujitsu, pertama kali akan dipertandingkan di Sukan SEA Filipina

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Jujitsu, pertama kali akan dipertandingkan di Sukan SEA Filipina.

Dan skuad hanya menunggu lampu hijau daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) memberi cabaran di November depan

Pasukan Jujitsu ditemui media selepas lawatan bersama timbalan ketua kontinjen Sukan SEA Filipina, Nurul Huda Abdullah dan Ahmad Faedzal Md Ramli petang tadi di ISN.

4 orang atlet Malaysia yang terdiri daripada 2 lelaki dan 2 wanita akan menyertai kategori 69 dan 62 kilogram lelaki, serta 55 kilogram dan 45 kilogram.

Jujitsu optimis dengan sasaran 4 pingat memandangkan setiap atlet berpengalaman dan pernah mendapat memenangi pingat di kejohanan antarabangsa Las Vegas, Abu Dhabi dan Vietnam.