Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Tenis Terbuka Perancis - Murray,Wawrinka Mara Ke Pusingan Peringkat Suku Akhir

PARIS - Andy Murray mencatatkan kemenangan kerjayanya yang ke-650 untuk mara ke suku akhir  di pertandingan Tenis Terbuka Perancis.

Pemain tenis nombor satu dunia, Murray, yang juga naib juara di Paris ke Novak Djokovic pada tahun 2016, kalahkan Karen Khachanov dari Rusia, 6-3, 6-4, 6-4.

Pemain Switzerland, Stan Wawrinka, pilihan ketiga juga mara ke peringkat suku akhir dengan kemenangan ke atas Gael Monfils, 7-5,7-6((/7) dan 6-2.

Dalam suku akhir nanti, Murray akan berdepan pilihan kelapan, pemain Jepun Kei Nishikori yang menewaskan Fernando Verdasco dari Sepanyol 0-6, 6-4, 6-4, 6-0.

Stan Wawrinka akan bertemu Marin Cilic pada suku akhir apabilapemain Afrika Selatan, Kevin Anderson bersara kerana kecederaa serta ketinggalan 6-3, 3-0.

(Sumber - AFP)