Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

JAPEN laksana hebahan informasi Perintah Kawalan Pergerakan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 19 Mac - Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaksanakan program hebahan 'Info On Wheel (IOW)' di sekitar kawasan ibu negara bermula awal pagi ini.

Hebahan bertujuan memberi informasi dan kesedaran kepada masyarakat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengarahnya, Erwin Khairul Ahmad berkata, seramai 20 anggota termasuk 5 buah kenderaan terlibat dalam program berkenaan.

Tambah beliau, orang awam yang tiada sebarang tugas atau keperluan diwajibkan terus kekal berada di rumah masing-masing.

Beliau ditemui di ibu negara.