Perintah Kawalan Pergerakan : Majikan wajib patuhi

KUALA LUMPUR, 18 Mac - Majikan yang bukan daripada 25 sektor perkhidmatan penting negara, wajib menghentikan sementara operasi syarikat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

Tegas Naib Presiden Persatuan Pekerjaan Malaysia, Dr.Shawaludin Husin, pihak yang ingkar bakal berdepan hukuman penjara 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, bagi pekerja yang dipaksa majikan untuk datang bekerja dalam tempoh perintah larangan, mereka diminta melaporkan kepada Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Sumber Manusia atau Jabatan Tenaga Kerja di setiap negeri.