Monday, December 9, 2019
updated 4:42 AM UTC, Dec 9, 2019

SUKMA 2020, pasukan memanah Johor sertai kejohanan sebagai persediaan sukan Malaysia

  • Published in Sukan

JOHOR BAHRU - Pasukan memanah Johor akan menyertai sekurang-kurangnya tiga kejohanan besar dan beberapa kejohanan kecil sebagai persediaan Sukan Malaysia, SUKMA 2020.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Mohd Gadaffie Abd Aziz berkata, ia sebagai pendedahan kepada para atlet dengan strategi pertandingan, seterusnya mencari barisan pelapis.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Memanah Antarabangsa Johor kali ke-4 di Johor Bahru.

Seramai 338 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Indonesia, Australia dan Filipina menyertai kejohanan lima hari itu bermula 2 Oktober lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Memanah Johor, Mohd Shukri Mohd Masbah berkata, kejohanan ini juga sebagai persediaan atlet-atlet untuk SUKMA tahun depan.

Johor menyasarkan sekurang-kurangnya dua pingat emas dalam temasya SUKMA 2020, menerusi 10 atlet lelaki dan 8 wanita