Logo

Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 : Waspada dengan serangan balas pantas Vietnam


SEPANG, SELANGOR - Menjelang aksi ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 Kumpulan G, menentang Vietnam di Hanoi, Khamis ini.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengingatkan anak buahnya agar waspada dengan serangan balas pantas Vietnam yang amat tajam agar sejarah kekalahan lama tidak berulang.

Jelas Cheng Hoe, beliau sedikit gembira selepas perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka, 5 Oktober lalu dengan mencipta kemenangan besar menyuntik keyakinan dan menambah keserasian.

Apa yang mengembirkan Cheng Hoe anak-anak buahnya bebas kecederaan. Bagaimanapun, Cheng Hoe tetap menghormati Vietnam yang memiliki kualiti di bahagian serangan dan pertahanan.

Tambah beliau, di Hanoi nanti skuad kendaliannya akan turun dengan sedikit perubahan.

Cheng Hoe juga ingin melihat skuadnya mengekalkan momentum sepertimana yang dipamerkan ketika menentang Sri Lanka. Beliau berkata dekian kepada media di KLIA, sebelum berlepas ke Vietnam.

Cheng Hoe menegaskan dia masih mempunyai baki dua hari untuk memperkemaskan pasukan sebelum sepak mula.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.