Logo

Hanya individu tertentu layak keluar kenyataan, jamin ketepatan fakta elak percanggahan

PUTRAJAYA, 18 Mac - Hanya empat individu yang layak dan dibenar mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hal ehwal kesihatan dan bukan kesihatan ketika ini.

Demikian antara hasil Mesyuarat Khas COVID-19 secara tertutup bersama ketua-ketua jabatan dan pengamal media dari seluruh negara.

Perkara itu ditekankan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagi hal ehwal kesihatan, hanya Kementerian Kesihatan dibenar mengeluarkan kenyataan melalui sidang media Menterinya, selain kenyataan media harian.

Manakala bagi hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan, ia perlu melalui Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara.

Mesyuarat yang berlangsung hampir sejam di bangunan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Putrajaya itu membincangkan mengenai perintah kawalan pergerakan.

Ia melibatkan kerjasama polis, MCMC dan Majlis Keselamatan Negara MKN.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.