Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Ronaldo Bantu Real Madrid Belasah Juventus 4 - 1 Untuk Julang Piala Liga Juara-Juara Eropah

CARDIFF - Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol untuk membantu pasukan Spanyol Real Madrid belasah pasukan Juventus 4-1 di Cardiff untuk menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah dan menjadi pasukan pertama mempertahankan Piala Eropah dalam era pertandingan Liga Juara-Juara.

Ronaldo menjaringkan gol pertama permainan pada minit ke-20 tetapi tendangan yang menakjubkan dari Mario Mandzukic pada minit ke-27 menyamakan kedudukan.

Real Madrid tidak dapat di halang selepas rehat, mengembalikan kelebihan mereka melalui sepakan terpesong Casemiro pada minit ke-61, Ronaldo jaringkan gol keduanya pada minit ke-64 selepas sepakan silang daripada Luka Modric.

Pemain gantian Marco Asensio menunjukkan keunggulan Real Madrid dengan jaringan gol pada saat terakhir permainan.

Real Madrid kini merupakan pemenang empat kali Liga Juara-Juara, Ronaldo dinobatkan sebagai penjaring terbanyak di pertandingan untuk musim berturut yang kelima.

(Sumber - AFP)