Wednesday, August 23, 2017
vital-top
updated 7:57 AM UTC, Aug 23, 2017

Sergio Ramos Berkata Real Madrid ¨Ada Temujanji Dengan Sejarah¨ Menjelang Perlawanan Final Piala Liga Juara-Juara Eropah

CARDIFF - Pemain  pertahanan, Sergio Ramos berkata Real Madrid bersedia untuk ¨adakan temujanji dengan sejarah¨ menjelang perlawanan Final Piala Liga Juara-Juara Eropah dan kelab Sepanyol itu berhasrat untuk menjadi pasukan yang pertama,  selama 27 tahun, memenangi gelaran Liga Juara-Juara berturut-turut.

Sejak pasukan AC Milan menjadi pemenag  pada tahun 1989 dan 1990, tiada pasukan berbuat demikian selepas itu,  pemegang Real Madrid akan mencatat sejarah lagi  jika mereka dapat mengalahkan Juventus di bandar Cardiff hari ini.

Selepas menewaskan Atletico Madrid dalam perlawanan akhir musim lalu, Real mengejar kemenangan Liga Juara-Juara buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun dan yang ke-12 untuk kelab  jumlahnya.

Ramos tahu apa yang diperlukan untuk berjaya di peringkat yang paling tinggi ini, dan pemain pertahanan Sepanyol itu telah mencabar rakan sepasukan tentang implikasi bersejarah jika dapat menewaskan pasukan Juventus.

"Esok kita ada temujanji dengan sejarah,"kata Ramos pada sidang akhbar di Stadium Principality pada hari Jumaat.

(Sumber - AFP)