Logo

Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) berazam melangsaikan hutang lapuk dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM)

 

KUALA LUMPUR - Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) berazam melangsaikan hutang lapuk dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berjumlah RM 50 ribu dalam tempoh dua tahun.

Jelas Presidennya, Datuk Wan Azman Wan Omar, hutang berkenaan diwarisi daripada kepimpinan lalu.

Hutang itu dibuat ketika BFM menghantar pasukan ke Sukan SEA Palembang 2011.

Datuk Wan Azman hanya mengetahui berkenaan hutang itu ketika mengambil alih tampuk kepimpinan tahun lalu daripada Datuk Noh Abdullah

BFM telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan MOM sebagai usaha menstruktur semula penjadualan pembayaran hutang berkenaan.

Dua minggu lalu jadual pembayaran secara berkala telah diserahkan kepada MOM

Pembayaran hutang secara berkala membolehkan keahlian BFM dalam MOM dihidupkan semula selepas digantung sejak lima tahun lalu.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.