Sunday, 9 August 2020

updated 11:27 AM UTC, Aug 9, 2020

USM cadang pembelajaran secara dalam talian, langkah tangani penularan wabak COVID-19

  • Published in Berita Semasa

PULAU PINANG, 16 Mac - Universiti Sains Malaysia (USM) bercadang melaksana sistem pembelajaran secara dalam talian, sebagai langkah mencegah penularan virus covid-19 di universiti itu.

Kaedah itu akan diguna pakai di semua kampus USM termasuk di Kubang Kerian, Kelantan, sekiranya wabak semakin serius.

Menurut Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Datuk Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, kajian sedang giat dijalankan bagi menguji kemampuan sistem dalam talian itu.

USM turut melarang semua kakitangan dan pelajarnya ke luar negara buat sementara waktu.