Logo

Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia PSSGM adakan AGM

KUALA LUMPUR -  Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia - PSSGM mengambil langkah pro aktif dengan mengadakan mesyuarat agung tahunan - AGM- khusus untuk melakukan pindaan perlembagaan bagi mengukuhkan lagi perkembangan persatuan tersebut

Mesyuarat agung tahunan kali ke 6 ini berlangsung di pusat belia dan sukan di ibu negara menyaksikan kehadiran 100 orang perwakilan dirasmikan Datuk Haniff Koslan.

Antara lain, pindaan perlembagaan membolehkan persatuan dan ahlinya lebih kompetitif untuk menentukan hala tuju pembangunan sukan pencak silat negara.

Selain itu, pindaan perlembagaan membolehkan persatuan menjalankan aktiviti lebih tersusun di peringkat cawangan, daerah dan negeri.

AGM tersebut turut dihadiri waris amanah yang juga AJK tertinggi PSSGM.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.