Logo

Saluran telegram rasmi tangani berita palsu, elak kekeliruan orang awam

CYBERJAYA, 16 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mewujudkan saluran telegram rasmi tangani penyebaran berita palsu.

Saluran bagi portal Sebenarnya.my itu meliputi penyebaran berita palsu mengenai isu Covid-19.

Berita yang dimuat naik di saluran ini ditentusahkan oleh pihak berkuasa berkaitan, seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam hal Covid-19

Oleh itu, orang awam dinasihat tidak menyebarkan berita yang belum pasti sahih bagi mengelak kekeliruan yang tidak diingini.

Penguatkuasaan MCMC akan terus dipergiat demi kemakmuran bersama.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.