Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 3:24 PM UTC, Oct 22, 2017

Tenis Terbuka Perancis - Murray Mara Ke Pusingan Ketiga

PARIS - Pemain tenis nombor satu dunia Andy Murray, mara ke pusingan ketiga dalam pertandingan Tenis Terbuka Perancis dan akan menentang Juan Martin del Potro pada Khamis, bab terbaru dalam apa yang telah berkembang menjadi persaingan menarik.

Murray,  naib juara tahun 2016kalahkan Martin Klizan dari Slovakia dengan 6-7 (3/7), 6-2, 6-2, 7-6 (7/3).

Del Potro, bermain di Paris buat kali pertama dalam tempoh lima tahun, juga mara ke pusingan ketiga selepas tewaskan Nicolas Almagro yang bersara kerana kecederaan lutut.

(Sumber - AFP)