Monday, December 9, 2019
updated 4:54 AM UTC, Dec 9, 2019

Pingat emas bagi acara lompat tinggi lelaki itu dimenangi atlet tuan rumah, Mutaz Essa Barshim

  • Published in Sukan

DOHA - Pingat emas bagi acara lompat tinggi lelaki itu dimenangi atlet tuan rumah, Mutaz Essa Barshim.

Barshim terlebih dahulu bernasib baik berjaya melepasi ketinggian 2.33 meter pada percubaan terakhhir sebelum meneruskan pada ketinggian berikutanya.

Atlet berusia 28 tahun itu melakukan lompatan emas 2.37 meter, sekaligus menceriakan para penyokong tuan rumah yang memenuhi stadium.

Aksi Barshim turut disaksikan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani.

Pingat perak dan gangsa pula menjadi milik dua atlet yang bertanding di bawah bendera berkecuali iaitu Mikhail Akimenko dan Ilya Ivanyuk.