Tuesday, October 22, 2019
updated 1:24 AM UTC, Oct 22, 2019

Rekod baharu dunia dicatat pada hari kelapan Kejohanan Olahraga Dunia IAAF

  • Published in Sukan

DOHA - Rekod baharu dunia turut dicatatkan pada hari kelapan Kejohanan Olahraga Dunia IAAF di Doha, Qatar itu.

Dalilah Muhammad dari Amerika Syarikat memecahkan rekod dunia acara 400 meter lari berpagar.

Catatan 52.16 saat itu adalah rekod dunia kali kedua dilakukan Dalilah tahun ini

Juara Olimpik berusia 29 tahun itu mengatasi rakan senegara Sydney McLaughlin, manakala Rushell Clayton dari Jamaica meraih gangsa.

Menurut Dalilah, dia hanya menyasarkan gelaran juara dunia namun kejayaan memecahkan rekod dunia adalah sesuatu yang tidak disangka.

Aksi itu sekaligus memperbaharui catatan 52.20 yang dilakukannya Julai lalu.

Dalam acara 400 meter lelaki pula, pemenang pingat emas dari Bahamas, Steven Gardiner mendedikasikan kejayaannya itu rakyat negaranya yang dibadai Taufan Dorian bulan lalu.

Jelas atlet berusia 24 tahun itu, sebelum perlumbaan, dia hanya memikirkan tentang kerosakan dan mangsa taufan itu namun fokus ketika perlumbaan untuk meraih emas.

Catatan 43.48 saat yang dilakukannya merupakan rekod baharu kebangsaan Bahamas.

Pingat perak atlet Colomobia, Anthony Jose Zambrano, dan gangsa Fred Kerley dari Amerika Syarikat.