Logo

JDT2 hanya selangkah bergelar juara Piala Cabaran 2019 selepas merekodkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas UKM FC

PASIR GUDANG - Johor Darul Takzim, JDT2 hanya selangkah bergelar juara Piala Cabaran 2019 selepas merekodkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas UKM FC di Pasir Gudang.

Gol tunggal Mohd Amirulhadi Zainal pada babak kedua sudah cukup sebagai bekalan untuk aksi timbal balik di Kuala Lumpur, 12 Oktober nanti.

Tuan rumah bagaimanapun hambar pada separuh masa pertama, apabila jentera serangan diketuai Mohamad Ghaddar gagal mencipta gol.

Terdesak memburu jaringan, JDT2 mengubah rentak pada separuh masa kedua dengan serangan bertali arus ke kubu UKM FC.

Kealpaan benteng pelawat, memberi peluang Amirulhadi merembat gol tunggal perlawanan pada minit ke-63.

Anak buah Sulaiman Hussin cuba melakukan serangan balas menerusi tendangan Milad Zanidpour Mansour pada minit ke 65 , namun gagal setelah bola terkena palang.

Bekalan 1-0 dibawa ke aksi final kedua minggu hadapan di Kuala Lumpur. 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.