Tuesday, October 22, 2019
updated 1:15 AM UTC, Oct 22, 2019

Lebih 2,000 pengunjung menghabiskan hujung minggu mereka dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah bersempena Bulan Sukan Negara 2019

  • Published in Sukan

LANGKAWI - Lebih 2,000 pengunjung menghabiskan hujung minggu mereka dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah bersempena Bulan Sukan Negara 2019.

Di Langkawi, aktiviti itu menjadi antara 1,031 acara sukan setiap daerah di Negeri Kedah sepanjang Oktober ini, yang dijangka disertai lebih 324 ribu orang.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Mohd Salleh Ramli berkata, masyarakat di Langkawi khususnya perlu membudayakan aktiviti bersukan, sesuai dengan persekitarannya.

Beliau ditemui RTM di Majlis Pelancaran Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah di Kompleks Angkatan Pertahanan Awam (APM) Langkawi.

Lebih 20 acara diadakan, antaranya Fun Ride, 10 Ribu Langkah, Street Workout, Taekwando, sepak raga tuju dan tembak target paintball. 


Bulan Sukan Negara merupakan antara aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan yang disambut setiap tahun.