Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Polis Siar Rakaman Video Wood Ditahan

FLORIDA - Polis Florida menyiarkan rakaman video penahanan yang melibatkan bintang golf, Tiger Woods awal Isnin lalu.

Rakaman dari kenderaan polis itu menunjukkan kereta dipandu Woods terumbang ambing. 

Wood ditemui pengsan dan  keretanya berada di lorong kanan, dengan enjin kereta yang masih hidup.

Terdahulu, Woods ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk di bawah pengaruh dadah atau alkohol. 

Namun beliau menafikan perkara tersebut dan menyifatkan ia berpunca daripada tindak balas ubat-ubatan.

Ujian pernafasan mencatatkan tahap alkohol dalam darah 0.00 peratus. 

((AP))