Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Venus Bocor Rahsia Jantina Bakal Anak Sarena

PARIS - Venus Williams mungkin secara tidak sengaja telah membocor rahsia jantina bakal anak kepada adiknya pemain nombor satu dunia, Serena. 

Ketika ditemubual wartawan selepas mengalahkan wakil Jepun, Kurumi Nara, 6-3, 6-1 pada pusingan kedua di Roland Garros, Venus berkata, bayi perempuan itu bakal memilihnya sebagai ibu saudara kegemarannya. 

Serena yang mendedahkan dia sedang mengandung pada April lalu, enggan membincangkan jantina bayinya bersama tunangnya, Alex Ohanian. 

((AFP))