Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 9:06 AM UTC, Oct 19, 2017

Pengurus Arsenal, Wenger Sambung Kontrak Dua Tahun Lagi

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah menandatangani kontrak baharu dua tahun lagi, kelab itu mengumumkan dan berakhirnya dengan spekulasi mengenai masa Wenger.

Pasukan Arsenal musim ini gagal layak ke Liga Juara-Juara, tetapi berjaya menangi perlawanan akhir Piala FA atasi Chelsea 2 -1, hujung minggu lalu.

Tawaran baharu kepada Wenger yang berusia 67 tahun itu, akan melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau sehingga 23 tahun.

Arsenal berkata Wenger dan ketua eksekutif Ivan Gazidis telah menjalankan "kajian penuh pada aktiviti atas dan luar padang" untuk mengenal pasti bidang yang perlu diperbaiki ke arah  mencapai cabaran kejuaraan.

Pemegang saham majoriti kelab Arsenal, Stan Kroenke berkata: "Hasrat kami adalah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan trofi utama yang lain di Eropah.

(Sumber - AFP)