Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Pemain Tenis Perancis Disingkir Berkelakuan Tidak Senonoh Dengan Wartawan TV

PARIS - Seorang pemain tenis Perancis, disingkirkan daripada kejohanan di Roland Garros kerana berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wartawan televisyen.

Ia berlaku semasa Maxime Hamou, 21, ditemubual secara langsung oleh wartawan Eurosport , Maly Thomas , selepas pemain nombor 287 dunia itu tewas kepada lawannya.

Hamou mencium Thomas di leher dan bahu sewaktu ditemubual wanita berkenaan selepas kekalahan pusingan pertama pada hari Isnin.

Demikian menurut jurucakap penganjur dalam satu kenyataan.

((AFP))