Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

NELO VINGANDA – MULAKAN TUGAS SEBAGAI JURULATIH SKUAD HARIMAU MALAYA

JOHOR BAHARU - Pengendali Baharu 'Skuad Harimau Malaya', Nelo Vingada memulakan tugasnya   di Johor Bahru bagi persiapan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 , Jun ini.

Seramai 14 pemain melapor diri manakala 11 lagi pemain Johor Darul Takzim, berada di Filipina bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua piala AFC menentang Ceres Negros.

Jurulatih yang terkenal dengan jolokan "The Profesor" itu, sedang meneliti formula dan kombinasi kesebelasan pemain terbaik bagi menyediakan pasukan kebangsaan.

Beliau hanya mempunyai tempoh dua minggu sebelum perlawanan bertemu Lebanon 13 jun ini.

Mengulas mengenai 9 pemain yang berusia lebih 30 tahun, baginya pengalaman dan kualiti permainan menjadi ukuran sebenar .

(Sumber - Dalet Beritartm)