Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Skuad Projek Sukan SEA 2017 Mula Berlatih

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 22-tahun kebangsaan yang dikenali sebagai skuad Projek Sukan SEA 2017 mula mengadakan latihan di kem latihan pusat Wisma FAM.

Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau akan menilai prestasi semasa, kesemua pemain yang disenaraikan.

Beliau turut berharap anak-anak buahnya fokus dalam sesi latihan, serta perlawanan persahabatan menjelang Sukan Sea yang bakal tiba.

Skuad Projek Sukan SEA 2017 akan ke China pada 8 Jun nanti untuk tiga siri perlawanan persahabatan bertemu skuad bawah 22 tahun China pada 10 Jun, skuad simpanan Guangzhou R&F 13 Jun dan skuad simpanan Guangzhou Evergrande pada 15 Jun.

((BTV))