Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 9:06 AM UTC, Oct 19, 2017

Valverde Ganti Luis Enrique Sebagai Pengurus Baharu Barcelona

BARCELONA - Jurulatih Sepanyol Ernesto Valverde adalah orang yang akan memulihkan nasib pasukan Barcelona selepas disahkan sebagai pengurus baharu untuk tempoh dua tahun bagi kelab bola sepak Catalan.

"Valverde mempunyai keupayaan, pengetahuan dan pengalaman. Beliau menonjolkan pemain muda dan mempunyai cara Barça," kata presiden kelab Barcelona, Josep Maria Bartomeu pada satu sidang akhbar.

Valverde, yang kontraknya akan termasuk pilihan untuk sambang ke musim ketiga,diumumkan secara rasmi pada pada hari Khamis.

(Sumber - AFP)