Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Arsenal Atasi Chelsea 2 - 1 Untuk Menang Piala FA Inggeris Kali Ke-13

LONDON - Aaron Ramsey menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Arsenal melalui tandukan pada minit ke-79 untuk membantu Arsenal menang 2-1 mengatasi Chelsea di Wembley Stadium.

Pasukan Arsenal gagal mendapat kelayakan ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam 20 tahun, tetapi berakhir musim ini dengan saguhati Piala FA Inggeris.

Alexis Sanchez menjaringkan  gol pembuka pada awal minit ke-4 untuk Arsenal, pasukan Chelsea menyama kedudukan 1 - 1 dengan gol dari Diego Costa pada minit ke-76, tetapi Ramsey memberi kemenangan kepada Arsenal dengan tandukannya dan Piala FA Inggeris.

Pasukan Chelsea yang ingin mendapat kejuaraan berganda selepas menjadi juara Liga Perdana Inggeris gagal dan pengurus Arsenal, Arsene Wenger mencatat rekod menang Piala FA Inggeris yang ketujuh.

(Sumber - AFP)