Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

TMJ: KONTRAK STANDARD PEMAIN BAHARU TAMBAHBAIK KELAB BOLA SEPAK NEGARA

Kontrak standard pemain yang baharu dan penubuhan National Dispute Resolution Chamber (NDRC) mampu menambahbaik struktur organisasi kelab bola sepak negara.

Itu pandangan dilontarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai penubuhan NRDC oleh Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia PFAM.

NRDC juga merupakan sebahagian daripada komitmen Presiden FAM dalam usaha mentransformasikan landskap bola sepak Malaysia dengan meletakkan para pemain sebagai aset utama.

Tunku Ismail berkata, "ia merupakan langkah yang bagus...untuk berlaku adil bukan sahaja kepada kelab tetapi kepada pemain-pemain bola sepak di negara ini. Juga menambah baik profesionalisme di dalam struktur dan organisasi bagi memberi manfaat kepada semua pihak, membuka cara kepada era baharu yang memberi manfaat kepada semua organisasi dan pastinya kepada semua pemain bola sepak di negara ini".

Tunku Ismail berkata demikian ketika menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman MoU antara FAM dan PFAM.


(Sumber - Dalet Beritartm)