Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Rossi Cedera Terbabit Kemalangan Latihan Motorcross

ROM - Bintang MotoGP, Valentino Rossi mengalami kecederaan dada dan perut apabila terbabit kemalangan ketika latihan ' motocross ' di Mondavio , wilayah Pesaro Urbino , tengah Itali.

Menurut kenyataan pasukan Yamaha, pihak hospital tempatan tidak mengesan sebarang keretakan pada mana-mana bahagian badan juara dunia sembilan kali itu.

Namun tidak jelas , sama ada Rossi akan cukup cergas untuk mengambil bahagian dalam Grand Prix Itali di Mugello , minggu depan.

((AFP))