Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Murray Yakin Agassi Jurulatih Terbaik Djokovic

PARIS - Pemain tenis nombor satu dunia, Andy Murray mengakui terkejut dengan keputusan Novak Djokovic melantik legenda tenis Amerika Syarikat, Andre Agassi sebagai jurulatihnya pada kejohanan Terbuka Perancis. 

Bagaimanapun dia percaya, gandingan mereka adalah yang terbaik buat Djokovic, serta sukan tenis.

Djokovic, juara bertahan di Roland Garros menamakan Agassi sebagai jurulatih baharunya, Ahad lalu, beberapa minit selepas tewas dalam perlawanan akhir Masters Rom.

Agassi, 47 tahun pernah menjuarai Grand Slam sebanyak lapan kali.


((AFP))