Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Larian Obor Peringkat Negeri Sembilan Berakhir Hari Ini

SEREMBAN - Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL2017) bagi peringkat Negeri Sembilan, berakhir di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Larian yang diketuai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi Ghazali Abd Wahid, diiringi 310 pelari, melengkapkan jelajah Larian Obor KL2017 peringkat negeri selama empat hari yang bermula Isnin lepas di Gemas.

Ghazali kemudiannya menyerahkan obor tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri Datuk Zaifulbahri Idris.

Datuk Zaifulbahri pula menyerahkan obor kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Larian Obor KL2017 Labuan, Azhar Ahmad, mewakili Labuan yang akan meneruskan larian berkenaan esok.

Negeri Sembilan merupakan negeri ketiga melaksanakan Larian Obor KL2017, selepas Johor dan Melaka.

((BERNAMA))