Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

LIGA SUPER 2017 - FELDA 3 MELAKA UNITED 0

JENGKA, Pahang - Skuad bimbingan B Satiananthan, FELDA United menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri menewaskan Melaka United 3-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Gol pertama diperoleh hasil jaringan pemain import, Lucas Matias Cano hasil gerakan cantik bersama Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-29.

Serangan bertali arus akhirnya membuahkan hasil dengan memperoleh gol kedua hasil jaringan Zah Rahan Krangar pada minit ke-33 selepas mendapat lorongan daripada Wan Zack Haikal Wan Nor.

Pada babak kedua, Melaka United terus mengasak FELDA United, namun kekentalan penjaga gol, Mohd Farizal Harun mengecewakan mereka.

FELDA United akhirnya memperoleh gol ketiga hasil jaringan Gaston Andres Javier Cellerino pada minit ke-85 hasil sepakan penalti selepas dia dikasari penjaga gol Melaka United, Mohd Fazli Paat.

(Sumber - Dalet Beritartm)