Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Irfan Catat Rekod Baharu

KUALA LUMPUR - Atlet lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsudin terus cemerlang dalam acaranya apabila memperbaiki rekod kebangsaan hanya dalam masa dua hari.   

Kali ini, Irfan berjaya melakukan 61.56 meter di Kejohanan Olahraga Turnov Republik Czech.
 
Dua hari lalu di kejohanan Olahraga Hallesche Werfertage, Halle, Jerman, Mohd Irfan Shamsudin berjaya, mencatat rekod baru kebangsaan dengan catatan 61.16 meter.

Irfan bukan sahaja mencatat rekod baru kebangsaan tetapi juga rekod baru Asia Tenggara.

Catatan ini menyaksikan Irfan menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Kini, Irfan berada di kelompok lima terbaik atlet lempar cakera Asia dan di kelompok 100 dunia.

Beliau perlu melepasi jarak 65 meter sebelum 23 Julai untuk melayakkan diri ke kejohanan Olahraga dunia IAAF London 2017.

((RTM))