Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Sam Allardyce Umum Letak Jawatan Pengurus Crystal Palace

LONDON - Sam Allardyce mengumumkan meletak jawatan sebagai pengurus Crystal Palace selepas hanya lima bulan menerajui kelab Liga Perdana Inggeris itu atas sebab-sebab keluarga.

Pengendali berusia 62 tahun itu mengambil alih jawatan daripada Alan Pardew pada bulan Disember dengan kontrak dua setengah tahun.

Beliau membantu The Eagles menamatkan saingan di tempat ke 14 dengan lapan kemenangan dalam 21 perlawanan.

((AFP))