Wednesday, August 23, 2017
vital-top
updated 7:57 AM UTC, Aug 23, 2017

PIALA SUDIRMAN 2017 - SKUAD BADMINTON BELASAH JERMAN 5-0

GOLD COAST, Australia - Malaysia memulakan kempen dengan bergaya mencatat kemenangan selesa 5-0 menewaskan Jerman.  

Selain itu, Vietnam mencatat kemenangan kedua membenam lawannya , Kanada juga dengan keputusan 5-0.

Dalam saingan Kumpulan 1C, skuad badminton negara menang mata pertama menerusi beregu campuran, Tan Kian Meng - Lai Pei Jing, menang straight set 21-12, 21-11 ke atas Mark Lamsfuss - Isabel Herttrich.

Menyusul selepas itu, Datuk Lee Chong Wei tiada masalah untuk menewaskan Fabian Roth, 21-12, 21-11.

Selepas itu, giliran beregu lelaki, Goh V. Shem - Tan We Kiong menewaskan, Jones Ralfy Jansen - Josche Zurwonne 21-16, 21-19 untuk Malaysia mendahului 3-0.

Pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei turut tidak mempunyai masalah untuk menang ke atas Fabienne Deprez 21-10, 21-13 mengukuhkan kedudukan dengan 4-0.

Dan akhirnya, beregu wanita, Vivian Hoo/ woon Khei Wei melengkapkan kemenangan 5-0 skuad negara.

Malaysia akan bertemu naib juara 2015, Jepun pada rabu hadapan.

(Sumber - Dalet Beritartm)