Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

BADMINTON PIALA SUDIRMAN - THAILAND DAN TAIWAN MENANG PERLAWANAN PERTAMA

GOLD COAST, Australia - Thailand dan Taiwan menang perlawanan pertama masing-masing, dalam Kumpulan 1.

Thailand menang tipis 3-2 ke atas Hong Kong.

Beregu lelaki; gandingan Bodin Isara dan Nipitphon Phuang Phuapet mengutip mata pertama Thailand, selepas menundukkan gandingan Chin Chung dan Tang Chun Man, dalam pertarungan tiga set; 22-20, 17-21, dan 21-11.

Thailand terus selesa mendahului 2-0, menerusi pemain perseorangan wanita.

Juara dunia 2013, Ratchanok Intanon, mudah menewaskan Yip Pui Yin; 21-14, 21-17, dalam masa 47 minit 

Hong Kong bagaimanapun menghidupkan semula peluang, menerusi perseorangan lelaki.

Angus Ng mengecewakan Tanongsak Saensomboonsuk, 21-11, 21-16, untuk kedudukan 2-1.

Kedudukan menjadi dua sama, apabila beregu wanita Hong Kong, Poon Lok Yan dan Tse Ying Suet, mengalahkan gandingan Jongkolphan Kititharakul- Rawinda Prajongjai, dalam pertarungan tiga set 21-15, 18- 21, dan 21-14.

Beregu campuran; gandingan Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai menjadi wira Thailand, apabila menewaskan gandingan Reginald Lee- Chau Hoi Wah; 21-16, 21-16.

Keputusan muktamad Thailand 3, Hong Kong dua.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan 1, Taiwan menundukkan Russia 4-1.

Mata pertama dikutip Beregu campuran; gandingan Lee Chia Hsin- Wang Chi-Lin, yang menewaskan gandingan Ekaterina Bolotova- Vladimir Ivanov 21-19, 21-11 .

Chou Tien Chen mengutip mata kedua Taiwan, selepas mengalahkan Sergey Sirant dalam pertarungan tiga set; 21-7, 18-21, 21-16.
Hasrat Taiwan untuk menang mudah 3-0, dinafikan beregu lelaki Russia.

Gandingan Vladimir Ivanov- Ivan Sozonov, menewaskan gandingan Lee Jhe-Huei - Lee Yang, dalam pertarungan tiga set; 19-21, 21-19, dan 21-17.

Pemain wanita nombor satu dunia, Tai Tzu-ying, memastikan kemenangan milik Taiwan, apabila menundukkan pemain di ranking 42 dunia, Evgeniya Kosetskaya; 21-13, 21-11, untuk kedudukan 3-1.

Manakala beregu wanita, gandingan Hsu Ya-ching dan Wu Ti-jung, melengkapkan kemenangan 4-1, dengan menewaskan Ekaterina Bolotova- Alina Davletova; 21-13, 24-22.


(Sumber - Dalet Beritartm)