Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Ronaldo Bantu Real Madrid Jadi Juara La Liga Kali Ke-33

MADRID - Cristiano Ronaldo membantu kelabnya, Real Madrid memenangi gelaran La Liga kali ke-33 mereA. 

Real Madrid kalahkan Malaga 2 - 0 dengan Cristiano Ronaldo menjaringkan gol awal pada minit ke-2 untuk meletak pasukannya di hadapan.

Karim Benzema menambah gol kedua bagi Real Madrid selepas rehat pada minit ke-55.

Real Madrid hanya memerlukan satu mata untuk mengatasi pesaingnya, Barcelona dalam mengejar gelaran La Liga.

 

Barcelona, ​​yang telah memenangi dua kejuaraan lalu, bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Eibar 4-2 tetapi mereka memerlukan Real tergelincir dalam perlawanan mereka jika ingin mengekalkan trofi.

(Sumber - AFP)