Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 3:24 PM UTC, Oct 22, 2017

STADIUM BUKIT JALIL SEDIA TERIMA PERLAWANAN - KJ

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yakin padang Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang perlawanan bola sepak. 


Jelasnya beberapa perlawanan bola sepak yang dijalankan sebelum ini memperlihatkan tiada kerosakan teruk pada padang dan membuktikan ia diselenggara dengan baik.