Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

JDT Tewaskan Ceres Negros FC 3 - 2 Dalam Perlawanan Piala AFC

JOHOR BAHRU-  Johor Darul Ta'zim (JDT) atasi Ceres Negros FC 3 - 2 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFC Zon Asia Tenggara di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Perlawanan separuh akhir kedua akan diadakan di Stadium Panaad, Bacolod City pada 31 Mei .

JDT mulakan jaringan gol melalui Gonzalo Cabrera pada minit ke-17, tapi pasukan Ceres Negros FC menyamakan kedudukan pada minit ke-21 melalui gol dari Fernando Rodriguez.

Ceres Negero FC menambah jaringan pada minit ke-25, melalui pemain Bienvenido Maranon.

JDT bangkit dan menyamakan jaringan melalui Safiq Rahim pada minit ke-44 dan gol kemenangan JDT di jaringkan oleh  Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-68 untuk kemenangan 3-2.