Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 9:06 AM UTC, Oct 19, 2017

Liga Perdana Inggeris - Manchester City 3 West Brom 1 Dan Arsenal 2 Sunderland 0

LONDON - Manchester City kalahkan West Brom 3 - 1 dan bergerak kembali ke tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris dengan satu perlawanan yang tinggal.

Perlawanan terakhir Manchester City akan diadakan di Watford pada hari Ahad, jika seri, akan cukup untuk menjamin pasukan Pep Guardiola mengambil bahagian Piala Liga Juara-Juara, manakala kemenangan akan melihat mereka menduduki tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris dan pergi terus ke dalam peringkat kumpulan.

Sementara pasukan Arsenal tewaskan Sunderland 2 - 0 dan masih bersaing untuk memduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris.

Alexis Sanchez menyumbangkan dua gol menghidupkan peluang pudar pasukan Arsenal untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Perlawanan terakhir dengan pasukan Everton pada Ahad ini mungkin akan menentu nasib pasukan Arsenal dan juga dengan harapan bahawa pasukan Liverpool atau Manchester City kecundang dalam perlawanan mereka. 

(Sumber - AFP)