Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

FINAL PIALA FA – FMLLP KELUARKAN 70 RIBU TIKET

SHAH ALAM - Menjelang Final Bola Sepak Piala FA Pahang menentang Kedah Sabtu ini, 
Usahasama Liabliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengumumkan sebanyak 70,000 tiket dewasa dan 2,000 kanak-kanak dikeluarkan kepada penyokong kedua dua pasukan .

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam, setiap penyokong pasukan masing-masing mendapat 32,000 tiket dewasa dan750 kanak-kanak.

Manakala tiket secara online atau dalam talian sebanyak 6ribu diperuntukkan dewasa dan 500 kanak-kanak.

Tiket-tiket mula di jual di stadium bola sepak negeri masing-masing mulai Khamis ini pukul 10 pagi.

Manakala tiket dalam talian tempahan boleh dibuat mulai Rabu ini pukul 10 pagi .

Seterusnya tiket boleh juga ditebus di kaunter disediakan di Stadium Shah Alam juga hari Khamis 12 tengahari.

Beliau ditemui selepas sidang mesyuarat jawatankuasa pengelola di Stadium Shah Alam.

Final piala akan berlangsung pada Sabtu 20 Mei.