Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Filipina Muncul Juara Judo Beautiful Terengganu

KUALA NERUS - Kontinjen Filipina muncul juara keseluruhan kategori senior  Kejohanan Judo Antarabangsa Beautiful Terengganu 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, semalam.

Filipina berjaya meraih empat pingat emas, tiga perak dan lima gangsa dalam kejohanan dua hari itu manakala Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor menduduki tangga kedua dengan  tiga emas, dua perak dan tiga gangsa.

Terengganu terpaksa berpuas hati di tangga ketiga selepas mengumpul dua emas, tiga perak dan tujuh gangsa.

Bagi kategori remaja, kontinjen tuan rumah muncul juara dengan meraih lima emas, empat perak dan tiga gangsa diikuti Pulau Pinang dengan satu emas, dua perak dan dua gangsa manakala Jepun dan Filipina berkongsi tangga ketiga selepas masing-masing mengumpul satu emas.

Hadiah-hadiah disampaikan Timbalan Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Seramai 248 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa itu melibatkan 17 kontinjen termasuk dari Filipina, Maghribi, Nigeria, Jepun dan Singapura.

((BERNAMA))