Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 9:06 AM UTC, Oct 19, 2017

Kompleks Sukan PDRM Bernilai Lebih RM80juta Bakal Dibina Di Maktab PDRM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Sebuah Kompleks Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai lebih RM80 juta akan dibina di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras.

Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata projek yang sudah mendapat kelulusan kerajaan itu akan bermula awal tahun depan dan dijangka siap pada tahun 2020.

Beliau berkata penubuhan kompleks sukan itu dapat memantapkan lagi program kesukanan PDRM dan secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pembangunan sukan negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pelan Strategi Inovatif Transformasi Sistem dan Budaya Pengajaran dan Pembelajaran  2016-2020 (Pelan Transformasi P&P) di Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini.

((BERNAMA))