Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

NELO VINGADA - KETUA JURULATIH BAHARU HARIMAU MALAYA

KUALA LUMPUR - Teka-teki siapa bakal Ketua Jurulatih Harimau Malaya akhirnya terjawab.

Di gelar "The Professor" kerana kaedah pengurusannya yang bijak, Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada atau lebih dikenali Nelo Vingada, 64 tahun diumumkan selaku ketua jurulatih baharu Harimau Malaya menggantikan Datuk Ong Kim Swee.

Vingada yang berasal dari Portugal akan berdepan ujian pertama dengan mengemudi skuad Harimau Malaya dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Pyongyang pada 8 Jun depan.

Kemudian 13 Jun bertemu Lubnan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Terdahulu, "The Professor" memegang jawatan ketua jurulatih kelab North East United FC dalam saingan Liga Super India.

Beliau memulakan karier selaku pembantu jurulatih kepada Carlos Quieroz bagi pasukan Portugal bawah 20 tahun.

Berpengalaman lebih 35 tahun selaku pengurus, Vingada pernah mengemudi skuad bola sepak Olimpik Mesir pada tahun 2004-2005 dan skuad bola sepak Olimpik Iran 2014.

Vingada akan memulakan tugas rasminya selaku ketua jurulatih Harimau Malaya pada 25 Mei ini.