Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 3:24 PM UTC, Oct 22, 2017

Liga Perdana Inggeris - Tottenham 2 Man. Utd 1 Dan Liverpool 4 West Ham 0

LONDON - Jaringan dari Victor Wanyama pada minit ke-6 dan Harry Kane pada minit ke-48 memberi kemenangan kepada Tottenham ke atas Manchester United dengan  skor 2 - 1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane.

Kapten Manchester United Wayne Rooney memberikan satu gol kepada pasukannya pada minit ke-71, dan dengan kekalahan ini, bermakna anak buah Jose Mourinho kini tidak lagi berpeluang untuk kejar tempat dalam empat teratas.

Manakala pasukan Liverpool belasah West Ham United 4 - 0 dengan gol datang dari pemain Daniel Sturridge yang menjaringkan gol pertamanya sejak Januari pada minit ke-35, Philippe Coutinho menyumbang dua gol pada minit ke-57 dan minit ke-61 dan Divock Origi mendapat gol keempat pada minit ke-76.

Keputusan satu lagi perlawanann Liga Perdana Inggeris adalah Crystal Palace 4 Hull 0.

(Sumber AFP)