Wednesday, August 23, 2017
vital-top
updated 7:57 AM UTC, Aug 23, 2017

Liga Perdana Inggeris - Man City 2 Leicester 1 Dan Arsenal 4 Stoke City 1

LONDON - Pasukan Manchester City menewaskan Leicester City 2 - 1 dan bergerak ke tempat ketiga selepas pengadil Bobby Madley tidak membenarkan gol penalti oleh pemain Foxes, Riyad Mahrez lewat permainan.

Mahrez, yang telah jatuhkan oleh Gael Clichy, mempunyai peluang untuk menjadikannya 2-2 tetapi tergelincir kerana dia telah mengambil sepakan penalti dengan menyentuh bola dengan kaki kanan serta sebelah kirinya dalam sepakan yang hantar ke dalam jaring gol.

Pengadil Madley segera memutuskan gol keluar kerana dua sentuhan dan anugerahkan kepada pasukan tuan rumah tendangan percuma, keadaan yang melegakan pengurus Manchester City, Pep Guardiola dan pemainnya.

Manchester City telah menguasai separuh masa pertama di Stadium Etihad, dan kelihatan seperti mereka akan menang apabila mereka mendahului 2-0.

David Silva mendapat gol pertama Manchester City pada minit ke-29 dan Gabriel Yesus menjadikan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti pada minit ke-36.

Shinji Okazaki jaringkan gol bagi pasukan Leicester dengan akrobatik yang hebat pada minit ke-42.

Manakala, pasukan Arsenal kalahkan Stoke City 4 - 1 dan dengan kemenangan ini naik ke tempat kelima di Liga Perdana Inggeris satu mata di belakang Liverpool.

Pemain Gunners, Giroud sumbang dua gol, pada minit ke-42 dan minit ke-80, Ozil pada minit ke-55 dan Sanchez pada minit ke-76,  sementara Peter Crouch sumbang satu gol bagi pihak Stoke City pada minit ke-67.

Berikutnya adalah keputusan perlawanan lain Liga Inggeris Perdana :-

                              Swansea   2     Sunderland  0

                              Southampton  2   Middlesbrough  1

                              Bournemouth  2     Burnley  1

 

(Sumber - AFP)