Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Chelsea Juara Liga Perdana Inggeris Apabila Kalahkan West Brom 1 - 0

LONDON - Pasukan Chelsea dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris apabila gol lewat Michy Batshuayi yang memberikan mereka kemenangan 1 - 0 ialah apa yang mereka diperlukan untuk menjamin kejuaraan di West Brom.

Pada awal permainan, ia kelihatan seolah-olah skuad Antonio Conte mungkin terpaksa melambatkan perayaan mereka kerana mereka gagal menjaring gol dan pihak tuan rumah, West Brom pula  bertahan dengan baik.

Tetapi mood berubah apabila pemain gantian Batshuayi, lengkap bermain dengan tendanga bola yang tinggi melepasi penjaga gol West Brom, Ben Foster.

Wisel akhir mencetuskan sambutan liar di kalangan peminat Chelsea, dan pengurus Conte dilambung tinggi ke udara oleh pasukannya.

(Sumber - AFP)